Cheering for my husband’s football team
This entry is written in my native language, Malay. Translation will be available upon request. By Alicia Keys.
Semalam hari Ahad 22 April, saya telah mengikut suami saya, Azman pergi ke kampus Politeknik Shah Alam.
Azman ke sana untuk menyertai pertandingan bola sepak ramah-tamah persahabatan antara pasukan Alumni Sekolah Menengah Sains Sultan Muhamad Jiwa (ASAK) dengan pasukan Cikgu-Cikgu Mana Tah.
Saye ke sana kerana sangatlah sangap duduk dirumah seorang diri lagipun saya ingin
bertemu dengan kawan baik saya, Kak Iena yang pasti akan kesana
menemani tunangnya Fadzly. Walaupun Fadzly tidak belajar di Sekolah jiwa-jiwa Mohamad Jiwa, dia telah dijemput bermain bersama kerana perutnya kempis pasukan tersebut tidak cukup bilangan pemain.
Maka, saya dan Kak Iena pun duduklah di kerusi panjang sambil menonton pertandingan bola sepak yang amat menarik itu.
Gaya penjaga gol ASAK amat menarik hati kami, beliau telah mengayakan
pelbagai skil menangkap bola yang hebat termasuk aksi somersault
berpusing dan gelek gerudi. Atas kehandalan beliau itu, lima biji gol telah berjaya disumbatkan oleh pasukan lawan. Tahniah diucapkan!
Selain daripada saya dan Kak Iena, keluarga Encik Gambo dan Encik Tallang
juga ada di kerusi panjang tersebut untuk memberikan sokongan padu
kepada pasukan ASAK. Anak-anak Encik Tallang yang masih kecil adalah
amat comel sekali terutama anaknya yang paling bongsu dan manja. Si
kecil itu amat gembira melihat abahnya kembali ke kerusi panjang
setelah pancit selesai bermain di
padang lalu berteriak “ Yea!!! Abah kalah!”
Ingin saye
tekankan di sini kepentingan memperjelaskan konsep ertikata kalah dan
menang kepada anak-anak anda sebelum membawa mereka menonton mana-mana
pertandingan yang anda sertai. Kerana kanak-kanak memang tidak pandai
berbohong!
Sedang saya dan
Kak Iena asyik mengumpat bergosip mengenai peserta-peserta Akademi
Fantasia yang kelima eh! ke yang keenam ye? Seorang pemain pasukan ASAK
yang sedang menunggu peluang bermain menegur kami.
“ Korang berdua ni student Politeknik sini ke?”
Saya dan Kak
Iena telah terkesima dengan penuh kesyahduan lalu tidak dapat
menuturkan sebarang kata-kata… Lalu dia telah menyambung soalan nya…
“ Politeknik ni ada course ijazah ke?”
Oleh kerana
telah lama saya meninggalkan arena lakonan teater yang amat saya
minati, saya telah pun menggunakan peluang ini untuk mempraktikkan skil
lakonan pentas saya.
“ Politeknik ini tak menyediakan program ijazah, Cuma ada program sijil saja”
kata saya dengan muka konfiden tahap Sanjaya Malakar.
“ Bagaimana dengan diploma….bla bla bla bla
Mamat tersebut terus membebel, pasti lakonan saya telah berjaya mengconvincekan dirinya.
“ Itu saye tak pasti lah, kalau betul nak tahu nanti saya akan pergi bertanya di Hal Ehwal Pelajar (HEP)”
dengan itu saya dan Kak Iena pun tertawa besar dan terpaksa membuat
pengakuan terbuka bahawa kami bukan lah pelajar politeknik tetapi
berada di situ untuk menyokong pasangan kami bermain bola.
Saya dan Kak
Iena berasa amat gembira sekali kerana kami yang tua bangka ini
disangka pelajar politeknik lepasan SPM yang pastinya dalam lingkungan
usia 18-19 tahun dan muda remaja. Oh, tidak sia-sia saya menggunakan
syampu kelemumur untuk mencuci muka!
Selepas Sindrom
KembangHidung menjangkiti kami selama 15 saat, barulah kami tersedar
bahawa mamat tersebut bukan saja memuji kami secara tidak langsung
malahan mengeji kami secara konseptual juga.
Oh Tuhan! Adakah kami kelihatan seperti gadis-gadis remaja yang gedik jelita bersorak ria di tepi-tepi padang menyokong pasukan-pasukan yang tidak dikenalinya? Oh tidak, seumur
hidup saya, saya tidak pernah berpelakuan gedik seperti itu! Nampaknya
saya harus berusaha agar kelihatan lebih seperti seorang wanita dewasa.
Huhuhuhu!
lawatilah blog rasmi saya www.diyanazman.com
April 22nd, 2007 at 11:57 pm
heheheh….amat berbangga keran masih disangka student. At least dia ingat kita mik degree…maknanyer muka kita muka mcm bijak pandai lah juga…(hahaha…perasan sungguh)